TERKINI

1,681 jururawat kolej swasta bertugas di hospital

1,681 jururawat kolej swasta bertugas di hospital

06/10/2012 2:55pm

KUALA LUMPUR – Seramai 1,681 jururawat dari kolej kejururawatan swasta akan diambil untuk berkhidmat di hospital kerajaan, akhir tahun ini, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Katanya, sebelum ini bilangan pengambilan itu adalah sedikit sahaja iaitu satu peratus jururawat dari kolej swasta bagi setiap 3,000 pengambilan.

Pengambilan kali ini bertambah bagi menampung kekurangan jururawat di hospital kerajaan selain permohonan yang tinggi dari kolej swasta, katanya.

Tiong Lai berkata, menurut rekod Kementerian Sumber Manusia, bilangan pemohon bagi jawatan jururawat meningkat dari 2,500 orang tahun lepas kepada 5,000 permohonan baru-baru ini.

"Setiap tahun kita akan mengambil bilangan ini sehingga pada tahun 2015 kita akan mempunyai lebih kurang 6,726 jururawat daripada kolej swasta,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Kejururawatan Bencana sempena Persidangan Kejururawatan Malaysia-Singapura ke-17 hari ini.

Beliau berkata, bagi memastikan piawaian jururawat dari kolej swasta itu menepati syarat, mereka perlu menduduki dan lulus peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia. – BERNAMA

Rencana Utama!»

Cabaran penggal kedua Rousseff

AKHBAR-AKHBAR Brazil melaporkan kemenangan Rousseff sebagai President Brazil ke-36.

Pesona!»

Bantu baiki taraf hidup wanita

KEMAHIRAN mengurut menjadi punca rezeki buat Saodah untuk menyara keluarganya.

Varia!»

Penceraian yang dilaknat Allah

PERCERAIAN li’an yang melibatkan penafian nasab terhadap anak yang dikandung akan dilakukan selepas kelahiran bayi tersebut. – Gambar hiasan

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31