TERKINI
TNC UTHM mengaku tak bersalah terima suapan
JOHOR BAHRU - Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas tuduhan meminta dan menerima rasuah RM15,000 daripada seorang kontraktor, pada Disember 2010.
Prof. Ir. Dr. Abdul Aziz Abdul Samad, 52, dituduh meminta suapan itu daripada Mohamad Anal Talhah, 41, sekitar Disember 2010.
Ia sebagai dorongan melakukan suatu transaksi dengan kononnya menolong Mohamad Anal mendapatkan kerja daripada Pejabat Pembangunan dan Pengurusan harta bina UTHM.
Abdul Aziz juga dituduh menerima wang tunai berkenaan daripada Mohamad Anal, bagi dorongan sama yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya, di Bank Muamalat, Cawangan UTHM, Parit Raja, Batu Pahat, pada 28 Januari 2011.
Kedua-dua pertuduhan terbabit dilakukan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama. - BERNAMA
Varia!»

Ahli sejarah, arkeologi bertemu di Sarawak
PELBAGAI khazanah dipamerkan membabitkan 21 muzium di seluruh negara bermula esok hingga 26 Mei ini.




Kafe kedai hardware
Teknologi Motion Capture di Aswara
Kebaikan anak dijaga kedua-dua ibu bapa

