NEGARA

5 terima anugerah Bernama Radio24

5 terima anugerah Bernama Radio24


ABDUL RAHMAN (tiga dari kanan) dan Zainuddin (tengah) serta penerima anugerah memotong kek sempena ulang tahun kelima Bernama Radio24 di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin adalah antara lima penerima anugerah khas sempena ulang tahun kelima Bernama Radio24 di sini semalam.

Selain Siti Nurhaliza yang menerima Anugerah Ikon Hiburan, penerima lain ialah bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail yang menerima Ikon Jabatan/Agensi Kerajaan; Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Mohd. Sha’ani Abdullah (Ikon Institusi Kebangsaan); Timbalan Presiden Persatuan Lumba Basikal Kebangsaan Malaysia, Datuk Naim Mohamed (Ikon Sukan) dan Kumpulan Karangkraf (Ikon Media).

Siti Nurhaliza ketika ditemui melahirkan rasa syukur atas penganugerahan tersebut dan menganggapnya sebagai satu pengiktirafan bagi sumbangan yang diberikan dirinya sepanjang bergelar anak seni.

“Apa yang boleh saya lakukan sepanjang bergelar anak seni bukan sekadar menyanyi tetapi juga menjadi contoh kepada masyarakat terutama golongan belia,” katanya yang menerima trofi, hamper dan sijil.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Kacang kuda menu istimewa Ramadan

MASYARAKAT Rohingya di Kampung Bagan Dalam, Seberang Perai berbuka puasa beramai-ramai di surau berhampiran dengan menu ringkas.

Varia!»

Didik golongan muda dekati produk semula jadi

Pemilihan Tasha sebagai duta produk Himalaya dilihat sebagai satu tarikan baharu kepada generasi muda.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31