KOMUNITI KITA

40 bekas pelajar Darul Kifayah bertemu semula

40 bekas pelajar Darul Kifayah bertemu semula


SEBAHAGIAN daripada bekas pelajar Dak yang hadir pada majlis Seribu Kenangan di Casa Ombak, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur baru-baru ini.


KENANGAN. Kira-kira 40 bekas pelajar Kompleks Anak Yatim Darul Kifayah (Dak), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan berkumpul pada majlis Seribu Kenangan anjuran Alumni Dak di Casa Ombak, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Penasihat Alumni Dak, Mohd. Nizam Yahya, tujuan perjumpaan tersebut diadakan bagi mengeratkan kembali hubungan bekas-bekas pelajar Dak yang telah lama terpisah.

Katanya, pihak alumni akan mengadakan pelbagai aktiviti dari semasa ke semasa dan mengharapkan kerjasama daripada semua bekas pelajar Dak menyertainya," katanya

Process time in ms: 16