TERKINI

Wanita warga China jual dvd cetak rompak, lucah ditahan

Wanita warga China jual dvd cetak rompak, lucah ditahan

27/09/2012 6:52pm

IPOH Kementerian Dalam Negeri (KDN) Perak menahan seorang wanita warga China dan merampas 1,865 keping cakera video digital (DVD) cetak rompak termasuk DVD lucah dalam serbuan di pusat penjaja Lawan Kuda di Gopeng, dekat sini hari ini.

Ketua KDN Cawangan Perak, Zaki Mohamad berkata, wanita berusia 43 tahun itu ditahan pada pukul 12 tengah hari ketika sedang menjual DVD tersebut kepada orang ramai di pusat penjaja berkenaan.

"Apabila wanita terbabit menyedari kehadiran anggota KDN, dia cuba melarikan diri tetapi berjaya diberkas dan hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 1,500 keping DVD cetak rompak pelbagai filem Inggeris dan China serta 365 keping DVD lucah disimpan dalam sebuah beg," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Zaki berkata, siasatan juga mendapati wanita berkenaan memasuki negeri ini menggunakan pas lawatan sosial dan beliau masih ditahan untuk siasatan lanjut. BERNAMA

Infiniti!»

Terbang, rakam dan analisis imej

PELAJAR UTM (dua dari kiri) menerangkan bagaimana UAV dikawal menggunakan perisian khas dari paparan skrin komputer.

Varia!»

Belia Islam Belgium kunjungi Terengganu

TERUJA. Ahli-ahli belia islam Belgium tidak ketinggalan mencuba memainkan alat muzik tradisional

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 0