SUKAN

Kemarau gol Safee berakhir

Kemarau gol Safee berakhir

KEMARAU gol peledak berbisa, Mohd. Safee Sali (gambar) bersama Harimau Malaya akhirnya ternoktah.

Malam kelmarin, Safee berjaya membuka tirai jaringan semasa membantu skuad kebangsaan menewaskan Kemboja 3-0 dalam satu aksi persaha- batan tertutup di Padang Wisma FAM.

Biarpun ia bukan aksi persahabatan rasmi, Safee sejujurnya gembira berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan itu.

“Syukur sangat-sangat, saya tidak peduli ia aksi persahabatan rasmi atau tidak, yang penting saya akhirnya berjaya menjaringkan gol bersama skuad kebangsaan.

“Jadi, saya harap gol tersebut dapat menyuntik moral saya meledak lebih banyak jaringan selepas ini sebelum menghadapi Piala AFF Suzuki,” kata- nya kepada Kosmo! semalam.

Untuk rekod, kali terakhir Safee menemui sentu- han penyudah ialah ketika meledak kedua-dua gol semasa Malaysia tumpas 2-3 kepada India dalam satu aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Lake Salt, India pada 16 November tahun lalu.

Selepas itu, Safee, 28, begitupun dilihat gagal menterjemahkan setiap peluang membuat jaringan yang indah dalam beberapa episod perlawanan persahabatan antarabangsa termasuk yang terbaharu ketika Malaysia tumpas 0-2 kepada Vietnam di Stadium Shah Alam pada 11 September lalu.

Dalam perlawanan kelmarin, dua lagi jar-i ngan dicetak oleh Zaquan Adha Abdul Razak yang juga baharu kembali menerajui jentera serangan Harimau Malaya baru-baru ini selepas sekian lama dibelenggu kecederaan.

Mengulas lanjut, Safee yang mengakui cergas sepenuhnya tanpa kecederaan mengakui tidak sabar beraksi bersama skuad Pilihan Selangor menjelang pertemuan menentang Pilihan Singapura dalam aksi amal Piala Sultan Sela- ngor (PSS) 2012 di Stadium Shah Alam, 29 September ini.

“Kali terakhir saya menjaringkan gol dalam Piala Sultan Selangor kalau tak silap saya pada 2008, jadi saya harap dapat meledak gol kali ini,” katanya optimis.

Rencana Utama!»

Persiapan warga emas hadapi banjir

PAK LEH yang tinggal di Kampung Pasar Lama, Pasir Tumboh, Kampung Pasar Lama, Kota Bharu, Kelantan menunjukkan jarak sungai dengan rumahnya yang terlalu hampir.

Varia!»

Mengimbau kenangan lampau Malaysia

SAMSUDIN (kiri) memberi penerangan kepada tetamu pada majlis pelancaran Paint&Ink: Just Add Water di Muzium dan Galeri Seni BNM, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 15