SUKAN
Takraw: Skuad negara ketandusan kejohanan
KETUA jurulatih skuad sepak takraw negara, Jamaluddin Hassan berharap para pemainnya akan diberikan peluang untuk beraksi pada sirkit keempat Piala Datuk Ahmad Ismail 2012 di Alor Setar, Kedah Khamis ini.
Menurutnya lagi, beliau akan mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) untuk membincangkan hasratnya itu mendapatkan pelepasan membawa para pemain beraksi pada 20 September ini.
“Jika diikutkan, kami mungkin akan hantar pasukan tetapi ia belum ditentukan lagi sehingga kami berbincang dengan pegawai PSM.
“Saya berharap sangat mereka dapat beraksi. Setakat ini skuad negara tidak ada lagi jemputan untuk beraksi di peringkat antarabangsa kerana semua kejohanan tahun ini sudah selesai.
“Kalau ada pun, pada hujung tahun ini iaitu skuad yang akan beraksi pada Sukan Universiti ASEAN (AUG) di Laos pada Disember ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Jamaluddin berkata, sekiranya anak-anak buahnya tidak beraksi dalam sebarang kejohanan, mereka akan menjalani latihan seperti biasa serta latihan untuk mengekalkan tahap kecergasan.
“Para pemain juga ada minta untuk beraksi, mungkin mereka sudah bosan berlatih dan mahu menyertai kejohanan.
“Tetapi ada beberapa pemain negara akan mengikuti latihan bersama skuad AUG yang kini diuruskan oleh Ahli Majlis PSM, Syed Azmir Syed Ahmad.
“Jadi jika diberikan pilihan sudah pasti saya mahu para pemain beraksi.”
Varia!»

Fast & Furious 6 kembali ke jalanan
KERETA-KERETA mewah seperti Nissan GT-R dan Subaru BRZ turut dipertaruhkan dalam Fast & Furious 6.




Kafe kedai hardware
Kebaikan anak dijaga kedua-dua ibu bapa

