TERKINI

Pengawal keselamatan maut dalam nahas ngeri

Pengawal keselamatan maut dalam nahas ngeri

17/09/2012 5:55pm

SETIU Seorang pengawal keselamatan maut setelah digilis empat kereta dalam kemalangan ngeri di Kilometer 69 Kampung Raja-Kuala Terengganu berdekatan Kampung Saujana di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Rohaizat Abd Ani, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan berkata, hanya seorang pemandu kereta berusia 33 tahun dari Besut tampil membuat laporan.

Dalam kejadian kira-kira 9.46 malam itu, mangsa, Mohd Rafizuddin Razali, 21, cedera parah di bahagian kepala serta beberapa anggota badan lain dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal, dipercayai dalam perjalanan dari rumahnya, kira-50 meter dari tempat kejadian, menuju ke sebuah kedai runcit di Kampung Beris Tok Ku.

Seorang saksi, Fathul Ammar Amsyar Hasbullah, 17, berkata, ketika itu, beliau yang menaiki kereta bersama dua rakan berada di belakang motosikal Mohd Rafizuddin dan melihat mangsa melanggar sebuah motosikal yang diletak di tepi jalan.

"Saya nampak mangsa terjatuh ke atas jalan. Saya segera berhenti di tepi jalan untuk membantu sebab nampak mangsa mengerang kesakitan dan memegang kepalanya.

"Belum sempat berbuat demikian, tiba-tiba dua buah kereta dari arah Besut merempuh mangsa dan mengheretnya sejauh kira-kira 10 meter. Kemudian datang dua buah kereta lagi dari arah depan yang turut melanggar mangsa, katanya. BERNAMA

Rencana Utama!»

Mandailing dalam rumpun Melayu

Afifuddin (duduk tiga dari kiri) menghadiri majlis perjumpaan orang Mandailing di Kampung Lintang, Sungai Siput, Perak baru-baru ini.

Pemotoran!»

Hamburan kuasa Hyundai Veloster Turbo

VELOSTER Turbo merupakan jentera berkuasa tinggi yang memiliki pakej sempurna.

Varia!»

Kenali tabiat nakal si comel

JIKA kucing enggan membuang air di tempat yang disediakan, jangan menghukum kerana ia menyebabkan si comel stres.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 15