TERKINI

KLFA tubuh akademi bola

KLFA tubuh akademi bola

16/09/2012 3:16pm

KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) mengambil kelab bola sepak Mont Kiara FC sebagai rakan program pembangunan Akademi Bolasepak KLFA di Taman Melawati, Hulu Kelang yang dijangka siap sepenuhnya Januari tahun depan.

Berikutan kerjasama itu, Presiden KLFA Datuk Astaman Abdul Aziz ketika mendedahkan perkara itu berkata kelab bola sepak swasta itu akan mempunyai pegangan saham sebanyak 70 peratus dalam akademi manakalanya bakinya dimiliki KLFA.

Beliau berkata kelab bola sepak swasta tersebut bertanggungjawab untuk mengendalikan serta menguruskan akademi tersebut termasuk kos penyelenggaraannya.

"Hasil pendapatan akan dibahagikan sebanyak 70 peratus kepada Mont Kiara FC manakalanya 30 peratus lagi akan diberikan kepada kita (KLFA).

"Kita juga masih berusaha beberapa kemudahan di akademi tersebut termasuk bilik asrama pelajar, gimnasium dan sebagainya, katanya kepada Bernama hari ini.

Horizon!»

Pupuk semangat kesukanan tinggi

Pemain memungut mata dengan cara melemparkan cakera pada ahli yang berada di hujung garisan penamat.

Varia!»

Ingatan merupakan satu anugerah

Price memiliki kebolehan yang dikenali sebagai autobiographical memory kerana mampu mengingati semua perkara yang berlaku pada dirinya.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31