SUKAN
Redknapp lega tidak dipilih
LONDON - Bekas pengurus Tottenham Hotspur, Harry Redknapp menegaskan bahawa beliau berasa lega selepas tidak dilantik menjadi jurulatih skuad kebangsaan England.
Redknapp, 65, disebut-sebut sebagai calon pilihan utama bagi menggantikan tempat bekas jurulatih skuad The Three Lions, Fabio Capello yang meletak jawatan.
Capello mengambil keputusan tersebut selepas berang dengan tindakan Persatuan Bola Sepak England (FA) yang melucutkan status kapten John Terry setelah dituduh mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman kepada tonggak pertahanan Queens Park Rangers (QPR), Anton Ferdinand.
Namun, FA akhirnya mengumumkan bekas pengurus West Brom Albion, Roy Hodgson dilantik sebagai pengganti Capello.
"Saya menikmati kehidupan saya di Tottenham dan saya bimbang bagaimana saya mahu menghadapinya jika ia menjadi kenyataan. Ia hanya tugas selaku jurulatih sambilan.
"Saya gembira untuk melihat pemain menjalani latihan setiap hari. Saya sedang memandu ketika radio mengumumkan bahawa Hodgson dipilih memegang jawatan itu.
"Pada awalnya, saya sangat kecewa namun semua itu sudah berakhir.
Meskipun FA England menegaskan bahawa Hodgson menjadi pilihan utama, Redknapp mendedahkan mengenai masalah kontrak bersama Tottenham menyebabkan beliau terlepas jawatan itu.
"Apabila saya merenung kembali, saya fikir ia akan menjadi masalah buat saya.
"Maksud saya, saya perlu berhati-hati dengan tutur kata saya tetapi saya mempunyai kontrak yang sangat terikat. Sesiapa sahaja yang mahu mengambil saya, kami bercakap mengenai bayaran yang yang tinggi dalam pembayaran gaji.
Redknapp berpisah dengan Tottenham pada Jun lalu selepas tidak sehaluan dengan Daniel Levy meskipun berjaya membimbing kelab itu ke kedudukan keempat dalam kempen Liga Perdana England musim lalu.
Minggu lalu, Redknapp melakukan kejutan selepas menerima tawaran kelab Divisyen Satu, Bournemouth yang mana beliau memulakan karier pengurusan pada tahun 1983. - AFP
Varia!»

Bantu golongan muda miliki rumah
HARGA pasaran rumah yang tinggi ketika ini menyukarkan golongan muda untuk memiliki rumah.





Kafe kedai hardware
Mudah dan senang di bawa ke mana-mana sahaja
Kebaikan anak dijaga kedua-dua ibu bapa

