DIVA INTERAKTIF
Terkedu ditanya soalan 'sengal'
KALAU ada perkembangan terbaharu pasal artis, artis berkahwin, dapat anak atau hamil, mahu tak mahu wartawan pasti akan tanya soalan berkaitan perasaan dan fasa hidup yang dialami ketika itu. Bukan sengaja nak menyibuk tapi terimalah hakikat, bahawa itu adalah soalan wajib. Macam pergi pratonton filem, wartawan akan tanya pengalaman di lokasi kepada pelakon atau pengarah.
Kisahnya, ada seorang pelakon yang baru nak rasa pengalaman nak menjadi ibu, pendek kata dia sedang hamil. Bila wartawan tanya tentang tempoh kehamilan dan fasa sedang dilaluinya, boleh dia tanya balik wartawan itu dengan soalan 'sengal'.
Diva bukan nak berat sebelah tapi kalau tanya balik dengan soalan yang berbunyi, 'awak tak pernah mengandung ke' kepada wartawan senior yang dikenali ramai masih bujang, rasanya artis itu patut malu dengan soalan daripada mulutnya. Tepuk dada tanya selera. Entah dia sedar atau tidak, Diva tak pasti.
Diva rasa, semua orang kena sensitif. Macam wartawan kena kenal artis, rasanya sudah tibanya artis juga kenal wartawan. Lagipun masing-masing bukan baru setahun jagung.
Diva:Tahniah buat Wawa, pengurus Yuna yang bernikah hari ini.
Varia!»

Bantu golongan muda miliki rumah
HARGA pasaran rumah yang tinggi ketika ini menyukarkan golongan muda untuk memiliki rumah.




Kafe kedai hardware
Mudah dan senang di bawa ke mana-mana sahaja
Kebaikan anak dijaga kedua-dua ibu bapa

