DUNIA

Puting beliung landa pantai New York

Puting beliung landa pantai New York

SEORANG lagi penduduk, Joey Mure merakamkan gambar puting beliung di Breezy Point.


NEW YORK - Dua puting beliung melanda pantai di pinggir bandar raya ini kelmarin menyebabkan bekalan elektrik terputus di sebuah kawasan.

Tiada sebarang kecederaan serius dilaporkan apabila puting beliung tersebut melanda sebuah kawasan perumahan di tepi pantai.

Satu lagi puting beliung berlaku 20 minit kemudian.

Beberapa orang sempat merakamkan imej puting beliung itu.

"Saya sedang menunjukkan video (yang dirakamkan menerusi telefon bimbit) tentang puting beliung kepada seorang anak lelaki saya berusia empat tahun. Dua minit kemudian puting beliung melanda," kata seorang penduduk di kawasan Breezy Point, Peter Maloney.

Sebahagian atap bangunan rosak akibat puting beliung tersebut.

Seorang penduduk dilaporkan mengalami kecederaan ringan semasa pentas runtuh pada Festival Rosslyn Jaz di daerah Arlington, Virginia. - Agensi

Rencana Utama!»

Bapa beli pemain kaset untuk dengar bacaan al-Quran

SEBAGAI hadiah kemenangannya selepas muncul johan qariah pada majlis tilawah peringkat antarabangsa baru-baru ini, Nor Azrah dihadiahkan sebuah Proton Exora oleh Lembaga Tabung Haji.

GenK»

Kelas jalanan di kaki lima

KELAS jalanan Chow Kit mampu menerima kira-kira 50 kanak-kanak setiap minggu.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 16