SUKAN

'Jangan ulangi kesilapan bodoh'

'Jangan ulangi kesilapan bodoh'



LONDON - Sejurus tamat majlis undian Liga Juara-Juara awal pagi di Monaco semalam, pengurus Manchester United, Alex Ferguson (gambar) telah mengeluarkan amaran awal kepada skuad The Red Devils.

Tegas Ferguson, anak-anak buahnya tidak boleh lagi mengulangi 'kesilapan bodoh' sebagaimana yang dilakukan mereka dalam kempen Liga Juara-Juara musim lalu.

Ketika itu, United gagal melepasi saingan peringkat kumpulan apabila diletakkan bersama Benfica, Basel dan Otelul Galati.

Bagi saingan musim ini pula, United diundi dalam Kumpulan H bersama kelab Portugal, Braga, Galatasaray (Turki) dan CFR Cluj (Romania).

Tanpa berselindung, Ferguson mengakui, beliau lebih bimbang apabila berdepan dengan Galatasaray nanti.

"Kami memiliki pengalaman menentang Galatasaray pada aksi-aksi lalu dan saya masih mengingati kain rentang 'Selamat Datang ke Neraka'. Ia ternyata satu perlawanan sukar apabila berdepan kelab Turki itu," jelas Ferguson.

Ferguson berkata, beliau juga tetap mahu lebih berwaspada apabila menentang kelab-kelab Portugal

"Kami sekadar mencatatkan keputusan seri ketika menentang kelab dari Portugal seperti Benfica, Sporting Lisbon dan FC Porto dalam tempoh beberapa tahun ini.

"Braga pula merupakan sebuah pasukan yang sentiasa menunjukkan peningkatan. Jadi kami harus lebih berhati-hati musim ini.

"Sejujurnya, kami tidak pernah menentang Cluj sebelum ini tetapi berdasarkan pengalaman lalu, kami tidak mahu melakukan sebarang kesilapan mudah pada musim ini.

"Kami akan menurunkan pasukan terkuat kami untuk mara ke pusingan suku akhir kelak," katanya. - AFP

Rencana Utama!»

Harga teripang kering RM500 sekilogram untuk sektor akuakultur

KEPUTUSAN fasa pertama pembiakan Holothuria Scabra bakal mempengaruhi tindakan kerajaan untuk memasukkannya ke dalam sektor akuakultur di peringkat kebangsaan.

Varia!»

Ilmu sains dalam Islam dibukukan

MUHAMAD KAMAL (empat dari kanan), Mohd. Khairi (lima dari kiri) dan Mahmood Zuhdi (dua dari kanan) bersama para penyelidik yang terlibat dalam penerbitan buku tersebut.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 0