NEGARA

Warga emas minum racun

Warga emas minum racun


ORANG ramai membantu mengangkat seorang warga emas yang tidak sedarkan diri selepas meminum cecair dipercayai racun serangga di George Town semalam.


GEORGE TOWN Gara-gara kecewa permintaannya untuk berkahwin lain ditolak isteri, seorang warga emas kini kritikal selepas bertindak meminum cecair dipercayai racun serangga di dalam bilik rumahnya di Paya Terubong, Air Itam di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.45 petang itu, lelaki berusia 68 tahun kemudian rebah dan tidak sedarkan diri.

Difahamkan, ketika kejadian terdapat beberapa ahli keluarga lain berada di rumahnya dan mereka yang terkejut menghubungi ambulans lalu mengejarkan mangsa ke Hospital Pulau Pinang (HPP).

Seorang jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati warga emas terbabit bertindak sedemikian disebabkan kecewa dengan keputusan isterinya yang enggan membenarkan dia berkahwin sekali lagi baru-baru ini.

Menurutnya, ekoran masalah tersebut dia bertindak mahu membunuh diri dengan meminum cecair dipercayai racun perosak.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi Kosmo! mengesahkan kejadian tersebut dengan memaklumkan lelaki tersebut kini dilaporkan kritikal selepas dikejarkan di HPP.

Rencana Utama!»

Menyuburkan jiwa patriotik

SEBAHAGIAN daripada buku-buku mengenai ketenteraan milik Mohd. Ridhuan yang kerap diulang baca pada masa lapang.

Varia!»

Hubungan erat media, Tentera Darat

PETUGAS media cetak dan elektronik dapat melihat sendiri kemahiran anggota Tentera Darat semasa beroperasi di medan.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31