GARAJ

Honda Malaysia agih pek Keselamatan Jalan Raya

Honda Malaysia agih pek Keselamatan Jalan Raya


AKKBAR mengagihkan pek keselamatan jalan raya kepada seorang pemandu di plaza tol AKLEH.


PADA Jumaat minggu lalu, pihak pengurusan Honda Malaysia dan kakitangannya mengagihkan 10,000 pek keselamatan jalan raya di plaza tol Ampang (AKLEH).

Pek yang mengandungi risalah, gula-gula dan air mineral itu turut diagih di dua buah masjid berhampiran ibu pejabatnya di Petaling Jaya, Selangor. Selain peringatan supaya bersiap-sedia ketika hendak pulang ke kampung sewaktu Hari Raya Aidilfitri, kempen itu juga bertujuan mendidik pengguna jalan raya dengan tip keselamatan jalan raya yang ringkas dan berguna.

Pengurus Kanan Pemasaran Honda Malaysia, Akkbar Danial hadir di tol plaza AKLEH untuk memberikan pek tersebut kepada orang ramai.

"Memastikan jalan raya di Malaysia dalam keadaan selamat merupakan sebahagian daripada komitmen jangka panjang Honda. Kami mahu menyampaikan maklumat mengenai keselamatan jalan raya menerusi risalah menarik yang dihasilkan oleh Honda," kata Akkbar.

Risalah itu mengingatkan pemilik kenderaan supaya memeriksa suhu dan kadar air kenderaan sebelum memulakan perjalanan, tidak mengekori kereta di hadapan terlalu rapat serta mematuhi undang-undang jalan raya.

Pada masa yang sama, Honda Malaysia menggalakkan pelanggannya supaya menghantar kereta mereka untuk diperiksa dan diselenggara di Pusat Servis Honda terdekat. Terdapat 61 pengedar Honda di seluruh negara dengan 58 daripadanya adalah Honda 3S.

Rencana Utama!»

Potong sayurpakai kapak

BERFUNGSI sebagai pisau, kapak Pak Harun juga sesuai digunakan oleh wanita untuk memasak di dapur.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 16