TERKINI
11 rumah musnah dalam kebakaran
TAWAU - Sebelas buah rumah dan sebuah kereta jenis Perodua Kembara musnah dalam kebakaran di Kg Kurnia Jaya, Batu 4, Jalan Apas di sini malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Tawau, Rudy Fredzek berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 8.10 malam sebelum mengejarkan dua buah jentera beserta 25 anggota ke lokasi dan tiba 18 minit kemudian.
Bagaimanapun katanya, operasi memadam api hanya selesai pada pukul 10.26 malam disebabkan pelbagai halangan termasuk tiupan angin kencang memandangkan perkampungan itu terletak berhampiran laut.
"Situasi itu menyebabkan api sukar dikawal dan kita terpaksa mengambil air laut untuk memadamkan kebakaran,” katanya.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. - BERNAMA
Varia!»

Bantu golongan muda miliki rumah
HARGA pasaran rumah yang tinggi ketika ini menyukarkan golongan muda untuk memiliki rumah.




Kafe kedai hardware
Mudah dan senang di bawa ke mana-mana sahaja
Kebaikan anak dijaga kedua-dua ibu bapa

