TERKINI

3 lelaki maut dalam nahas berasingan

3 lelaki maut dalam nahas berasingan

07/08/2012 3:24pm

KUANTAN - Tiga lelaki maut dalam kemalangan berasingan di Pahang, semalam.

Dalam kejadian di Km155.6 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), pemandu kereta Myvi, Siew Taat Heng, 25, berasal dari Kuala Lumpur mati di tempat kejadian akibat parah di kepala selepas melanggar bahagian belakang sebuah lori pada pukul 12.50 pagi.

Menurut Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Supritendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim, mangsa yang memandu kereta dari arah Kuala Lumpur menuju ke Kuantan dipercayai mengantuk, telah melanggar bahagian belakang lori muatan besi yang bergerak perlahan di lorong kiri.

Sementara itu, dalam kejadian pukul 1 pagi di Km41 Jalan Kuantan-Maran, seorang pembonceng motosikal jenis Yamaha maut manakala penunggangnya cedera selepas terlanggar lubang sebelum terbabas.

Mangsa, Mohamad Wajdi Faiz, 22, mati ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, manakala rakannya, Muhammad Khalid Abd. Hamid, 26, cedera.

Beliau berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Maran menuju ke Kuantan telah melanggar lubang di permukaan jalan lalu terbabas ke kiri jalan.

Dalam satu lagi kejadian di Km46 Jalan Kuantan-Segamat dekat Pekan, seorang penunggang motosikal, Mohd Azizan Alias, 19, dari Felda Selancar Muadzam Shah maut selepas bertembung dengan sebuah lori.

"Dalam kejadian 10.50 malam itu, mangsa menunggang motosikal sendirian dari arah Kuantan hendak balik ke rumahnya di Felda Selancar.

"Sampai tempat kejadian, tiba-tiba sebuah lori dari arah bertentangan telah memotong sebuah kenderaan lain sebelum bertembung dengan mangsa," katanya sambil menambah, semua kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BERNAMA

Rencana Utama!»

Tingkatkan pendapatan penternak

PROGRAM Pembangunan Tenusu di Vietnam bertujuan untuk mengoptimumkan keuntungan.

Pemotoran!»

HLYM kukuhkan saingan motosikal kuasa tinggi

CH Ng (tengah) bersama dua pelumba pasukan Yamaha MotoGP turut menyertai majlis pelancaran model MT-07 di Sepang, Selangor baru-baru ini.

Horizon!»

Percutian santai di bumi Perlis

PARA pengunjung boleh merasai pengalaman memberi makanan kepada burung unta di Taman Agro-Lancong.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 15