SUKAN

Hansen terjatuh sebelum menang pingat emas

Hansen terjatuh sebelum menang pingat emas

HANSEN menyerap tekanan daripada para penonton Britain di Velodrom Olimpik, London untuk memenangi pingat emas dalam acara omnium lumba basikal lelaki kelmarin.


LONDON - Pelumba Denmark, Lasse Norman Hansen menyerap tekanan dari- pada para penonton Britain di Velodrom Olimpik untuk memenangi pingat emas dalam acara omnium lumba basikal lelaki kelmarin.

Hansen yang terjatuh pada pusingan kedua terakhir berjaya mengetepikan pelumba Perancis, Bryan Coquard dan Edward Clancy dari Britain pada aksi yang menyaksikan tuan rumah terlepas emas buat kali kedua dalam tempoh empat hari.

Pelumba berusia 20 tahun dari Faaborg itu terjatuh selepas dihimpit Clancy pada pusingan kedua terakhir tetapi berjaya bangun untuk meneruskan cabaran bagi mencatat masa terpantas.

"Saya datang ke sini (London) hanya untuk mendapatkan pingat. Jadi, untuk memenanginya bukan sesuatu yang realiti," kata Hansen yang mengumpul 27 mata berbanding Coquard (29) dan Clancy (30).

Memenangi emas pertama pada Sukan Olimpik selepas menduduki tempat ketiga pada kejohanan dunia di Melbourne, April lalu, pingat emas pasti berbaloi buat Hansen hasil kerja keras yang dilakukannya dalam tempoh yang singkat bagi menghadapi temasya berprestij dunia itu.

Bagaimanapun, ketika insiden itu berlaku, tepukan dan sorakan para penonton seolah-olah memberikan sokongan kepada pelumba tuan rumah, Clancy.

"Insiden kemalangan itu memberikan saya tenaga tambahan dan menghilangkan rasa debaran. Saya mengalami kecederaan tetapi ia bukannya satu kelebihan. Saya menjadi semakin marah dan mahukan sesuatu yang lebih baik.

"Sorakan penonton membuatkan saya tidak boleh berfikir dengan tenang. Bagaimanapun, saya melupakan segala-galanya dan meneruskan kayuhan," tambahnya.

Acara keenam dan terakhir adalah 1km ujian masa.

Meskipun Clancy mendominasi acara akhir itu dengan catatan masa terpantas 1 minit 00.981 saat, beberapa saat di belakang rekod Olimpik milik Chris Hoy di Athens lapan tahun lalu, Hansen mencatat masa 1:02.314s untuk menamatkan saingan di tempat ketiga dan memastikan kemenangan menjadi miliknya.

"Ia nampak pelik tetapi hebat. Saya berasa cukup bertuah kerana meraih pingat ini. Berdiri di sini seba- gai pelumba utama dengan pingat emas, saya sangat gembira," ujar Hansen. - AFP

Process time in ms: 16