NEGARA
Pindaan akta dibentang Oktober
KUALA LUMPUR – Cadangan pindaan Akta Perdagangan Elektronik 2006 kini di peringkat draf terakhir sebelum dibentangkan bagi bacaan pertama di Parlimen pada Oktober depan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, draf tersebut memperincikan bentuk denda dan hukuman yang akan dikenakan kepada peniaga yang didapati bersalah menipu pengguna melalui transaksi dalam talian.
“Akta ini dicadang untuk dipinda bagi memberi jaminan perlindungan lebih menyeluruh kepada pengguna untuk melakukan transaksi dalam talian dengan lebih selamat.
“Peniaga dikehendaki mendedahkan identiti diri mereka bagi mengelak jenayah penipuan terus memperdaya pengguna memandangkan bentuk perniagaan tersebut semakin popular dalam kalangan pengguna hari ini,” katanya.
Ikuti berita selanjutnya di akhbar Kosmo!
Varia!»

Buah tangan dari Madinah
RAUZAH dan Muhd. Kamil dengan buku masing-masing yang dihasilkan sepanjang hampir dua tahun berkelana di Madinah.




Kafe kedai hardware
Teknologi Motion Capture di Aswara
Kebaikan anak dijaga kedua-dua ibu bapa

