TERKINI

Deposit tapak gerai Ramadan mungkin naik

Deposit tapak gerai Ramadan mungkin naik

03/08/2012 2:35am

KUALA LUMPUR — Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bercadang menaikkan bayaran kadar deposit tapak gerai bazar Ramadan pada masa depan bagi menangani isu sindiket penjualan semula tapak perniagaan kepada pihak lain untuk mengaut keuntungan segera.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata kenaikan bayaran kadar deposit itu adalah antara kaedah yang mungkin akan digunapakai dalam tawaran tapak gerai bazar Ramadan pada masa depan.

Beliau berkata DBKL akan melakukan siasatan menyeluruh punca wujudnya sindiket penjualan semula tapak bazar Ramadan sama ada ia membabitkan proses undian atau peniaga itu sendiri yang bersikap tamak dan menjualnya pada harga lebih tinggi berbanding harga yang ditawarkan RM400.

"Kami mintalah para peniaga bertanggungjawab dan jangan hanya memikirkan untuk mengaut keuntungan tinggi kerana perbuatan ini tidak berlaku adil kepada golongan peniaga yang benar-benar ingin memperoleh pendapatan secara telus,” katanya selepas melakukan tinjauan mesra ke Bazar Ramadan di sekitar Jalan Masjid India di sini, semalam. — BERNAMA

Process time in ms: 0