TERKINI

IPU tidak sihat di Pelabuhan Klang

IPU tidak sihat di Pelabuhan Klang

31/07/2012 5:17pm

KUALA LUMPUR Pelabuhan Klang merupakan satu-satunya kawasan yang mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat sehingga 11 pagi tadi dengan bacaan 116.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam kenyataan hari ini berkata 14 kawasan mencatatkan IPU baik, IPU sederhana (36) dan Pelabuhan Klang mencatat IPU tidak sihat.

IPU pada tahap antara 0 dan 50 adalah baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301).

Antara kawasan mencatat IPU tertinggi ialah Seberang Jaya 2, Pulau Pinang (83), Alor Setar, Kedah (78), Banting, Selangor (77), Bukit Rambai, Melaka (76), Cheras, Kuala Lumpur (73), Nilai, Negeri Sembilan (70) dan Seri Manjung, Perak (73).

Menurut JAS imej satelit yang dikeluarkan oleh Asean Specialised Meteorological Centre (ASMC) pada 30 Julai lepas menunjukkan bilangan titik panas di Sumatera Indonesia adalah hanya 22 berbanding 122 titik panas pada 29 Julai lepas. BERNAMA

Rencana Utama!»

Keunikan 10 variasi suara watak

Suara rendah dan kasar perlu digunakan untuk memainkan watak gergasi atau jin.

Pemotoran!»

Peningkatan prestasi BMW X6 M

JENTERA generasi kedua itu memiliki banyak pembaharuan sekali gus menjadikan pemilikannya suatu yang berbaloi.

Varia!»

Sahabat Maritim dekati Pulau Mantanani

SEBAHAGIAN pelajar teruja mendengar penerangan daripada seorang peserta Program Sahabat Maritim di Pulau Mantanani, Kota Belud, Sabah.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31