TERKINI

Rumah Exco Melaka dipecah masuk

Rumah Exco Melaka dipecah masuk

26/07/2012 6:45pm

MELAKA - Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Melaka, Datuk Latif Tamby Chik kerugian kira-kira RM200,000 apabila rumahnya di Jalan Datuk Palembang Bukit Baru di sini dipecah masuk tiga lelaki, Selasa lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, ketika kejadian pada 11.45 malam itu, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Teluk Mas itu tiada di rumah kerana menunaikan solat tarawih di masjid berhampiran manakala isterinya berada di rumah jiran.

Beliau berkata, ketiga-tiga lelaki dipercayai rakyat tempatan berusia antara 20 dan 30-an itu menggunakan kenderaan mewah dan meletak kenderaan berkenaan di hadapan rumah mangsa sebelum memecah masuk rumah itu.

"Ketiga-tiga suspek masuk melalui tingkap di hadapan rumah dengan memecahkan jeriji sebelum menyelongkar rumah itu, katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini, hari ini. - BERNAMA

Process time in ms: 15