DIVA INTERAKTIF

Personaliti TV diminta berhenti

Personaliti TV diminta berhenti

KISAH personaliti jadi anak emas sesebuah stesen televisyen memang sudah bukan satu kemustahilan. Diva rasa-rasa, setiap stesen televisyen ada anak emas masing-masing, cuma tak perlu palu gendang, siapa anak dan emasnya.

Diva bukanlah kaki bodek, jadi Diva bukan anak emas sesiapa. Eh, ke situ pula, anak emas bukan kaki bodek, tapi anak emas itu anak kesayangan. Ini nak cerita pasal, seorang personaliti wanita sebuah stesen televisyen berhenti daripada jawatan tetap di sebuah stesen. Ini tak ada kaitan dengan status anak emas, cuma perangai personaliti itu sahaja dikatakan berlagak macam anak emas.

Cerita personaliti televisyen itu berhenti daripada jawatan tetapnya di stesen televisyen tempat dia cari makan sudah diketahui umum, cuma sebab pengunduran dirinya daripada jawatan itu sahaja yang mula menjadi bisik-bisik.

Kata sumber Diva, personaliti itu sebenarnya dinasihatkan berhenti sebab takut akan menjejaskan reputasi jabatan. Eh, ke situ pula. Risik-risik punya risik, katanya disebabkan kenaikan pangkatnya yang mencanak sedangkan baru sahaja dilantik. Maklumlah, sekarang siapa-siapa yang naik pangkat atau naik kereta mewah lebih-lebih pun kena siasat oleh orang pencegah rasuah. Kes personaliti televisyen tadi pun ala-ala begitulah. Daripada ketua jabatan kena siasat dan hasilnya memalukan kerana naik pangkat menerusi permainan dalaman, lebih baik berhenti sahaja.

Berhenti daripada jawatan tetap tak semestinya muka tak boleh keluar televisyen. Berhenti untuk elak nama buruk sahaja. Sejauh mana kebenaran cerita, Diva tak berani jamin, tapi ada logik. Itu kata sumber Diva, bukan Diva.


Diva: Tunggu juga nak naik BMW pun payah.

Varia!»

Ahli sejarah, arkeologi bertemu di Sarawak

PELBAGAI khazanah dipamerkan membabitkan 21 muzium di seluruh negara bermula esok hingga 26 Mei ini.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 15