DIVA INTERAKTIF

Boboi, Osbon gabung buat filem

Boboi, Osbon gabung buat filem


KUMPULAN BOBOI


BERITA baik untuk para penggemar grup lawak yang selalu menggeletek hati sehingga rasa isi perut nak terburai tonton gelagat mereka.

Dua kumpulan, Boboi dan Osbon bakal bergabung dalam sebuah produksi filem. Jangan ingat Wings dan KRU sahaja dapat bergabung, para pelakon dan pelawak ini pun sedang dalam rangka berkerjasama menggeletek hati para peminat melalui filem.

Ujar teman Diva yang sempat menemubual Afdlin Shauki, pelakon, pengarah dan ahli grup Boboi: "Afdlin kata dia tidak sangka dengan sambutan yang diberikan terhadap jenama Boboi, gabungan dirinya bersama Harun Salim Bachik. Jadi dia memilih untuk bergabung dengan kehebatan grup Osbon yang dianggotai oleh Os dan Abon. Mereka akan menjalani penggambaran filem itu tidak lama lagi."

Pasti ramai yang tidak sabar menantikan gabungan ini dalam sebuah filem. Diva harapkan filem ini akan mengembalikan kegemilangan filem komedi yang sekarang ini sudah kembali ke arah splastik dan lawak klise. Diva yakin Afdlin dapat merubahnya kembali.


Diva:Buat pratonton tapi tarikh tayangan filemnya belum diputuskan, apa cerita Tanda Putera?

Process time in ms: 0