SUKAN
Peluang Evans sudah tertutup
![]() |
|
|
LUCHON, Perancis - Pelumba Australia, Cadel Evans (gambar) mengakui peluang untuk mempertahankan gelaran juara keseluruhan pada kejohanan lumba basikal Jelajah Perancis 2012 sudah tertutup buat dirinya.
Kenyataan Evans itu hadir selepas dia menampilkan aksi yang hambar pada perlumbaan peringkat ke-16 yang dimenangi pelumba Perancis, Thomas Voeckler, diikuti Chris Anker Sorensen (Denmark) dan Gorka Izagirre (Sepanyol) kelmarin.
Pada perlumbaan sejauh 197 kilometer dari Pau ke Bagneres-de-Luchon itu, Evans sekadar menduduki tempat ke-35.
Keputusan tersebut menyebabkan pelumba BMC itu sekadar menduduki tempat ketujuh apabila ketinggalan 8 minit 06 saat di belakang pendahulu keseluruhan, Bradley Wiggins dari pasukan Sky yang semakin hampir untuk melakar sejarah menjadi pelumba pertama Britain merangkul Jersi Kuning.
Menurut Evans, prestasi hambarnya kelmarin berpunca daripada masalah sakit perut yang dialaminya sebelum perlumbaan bermula.
"Saya mengalami beberapa masalah di bahagian perut sebelum perlumbaan. Apabila kamu hanya memiliki masa dua jam sebelum perlumbaan, tidak banyak yang boleh kamu lakukan.
"Pada awalnya, saya tidak fikir ia akan menjejaskan prestasi saya. Namun, saya berlumba di bawah tahap sebenar saya.
"Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa usaha untuk merangkul gelaran juara pada Jelajah Perancis kali ini sudah berakhir," kata Evans. - AFP
Varia!»

Buah tangan dari Madinah
RAUZAH dan Muhd. Kamil dengan buku masing-masing yang dihasilkan sepanjang hampir dua tahun berkelana di Madinah.





Kafe kedai hardware
Teknologi Motion Capture di Aswara
Kebaikan anak dijaga kedua-dua ibu bapa

