NEGARA

Restoran Felda D'Saji di Madinah dibuka 2013

Restoran Felda D'Saji di Madinah dibuka 2013


AHMAD ZAKI (kanan) melihat Mohd. Isa (tengah) memilih menu pada majlis pelancaran Bufet Ramadan Felda D'Saji di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Felda D’Saji Sdn. Bhd. (Felda D’Saji) mengenal pasti tiga lokasi strategik untuk membuka cawangan restoran pertamanya di Madinah sebagai usaha melebarkan sayap perniagaan ke peringkat antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Zaki Abdullah berkata, perbincangan sedang dijalankan dan rancangan itu bakal direalisasikan menjelang awal tahun depan.

“Terdapat beberapa faktor perlu diambil kira dan antaranya ialah memilih lokasi yang menjadi tumpuan awam khususnya dalam kalangan rakyat Malaysia sendiri serta lokasinya perlu berada dalam lingkungan 100 hingga 200 meter dari Masjid Nabawi,” katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Process time in ms: 16