NEGARA

160 pekerja keluar kesatuan KTMB

160 pekerja keluar kesatuan KTMB

KUALA LUMPUR - Seramai 160 ahli Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KPPKTMB) keluar daripada kesatuan itu selepas mendakwa kebajikan mereka tidak dibela.

Mereka yang merupakan pemandu tren dan kakitangan di KTMB mengambil keputusan itu selepas hilang keyakinan terhadap Presiden kesatuan, Abdul Razak Md. Hassan.

Presiden Jawatankuasa Bertindak Pemandu Tren KTMB, Badrul Khuzaini Hashim berkata, surat pembatalan keahlian akan diserahkan kepada pihak kesatuan hari ini.

"Kami tidak berpuas hati kerana KPPKTMB menolak cadangan menaikkan taraf pemandu tren kepada kumpulan eksekutif dan ia penganiayaan terhadap kebajikan pemandu.

"Pihak kesatuan bertindak demikian kerana bimbang hilang sumber kewangan disebabkan majoriti ahlinya terdiri daripada golongan pemandu tren," dakwanya pada sidang akhbar di Bangsar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Process time in ms: 31