TERKINI
AirAsiaGo perkenal promosi pakej percutian
KUALA LUMPUR – AirAsiaGo, cabang santai syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia, menawarkan pakej percutian tiga hari dua malam ke destinasi seperti Kota Kinabalu, Bangkok, Phuket, Bali, Bandung dan banyak lagi, pada kadar tambang RM79.
Promosi itu adalah bersama AirAsia, yang dipilih sebagai syarikat penerbangan tambang rendah terbaik oleh Skytrax, bagi tahun keempat berturut-turut, baru-baru ini.
Dalam kenyataan hari ini, syarikat itu berkata, pelawat juga boleh menikmati diskaun tambahan 15 peratus untuk tempahan hotel tertentu dengan menaip kod promosi “BHS1607”.
Tempoh tempahan bermula 16 hingga 22 Julai bagi perjalanan antara 4 Jan hingga 22 Mei, 2013.
Pengguna boleh bertanya dan menempah promosi percutian itu menerusi laman web www.airasiago.com. – BERNAMA
Varia!»

Bantu golongan muda miliki rumah
HARGA pasaran rumah yang tinggi ketika ini menyukarkan golongan muda untuk memiliki rumah.




Kafe kedai hardware
Mudah dan senang di bawa ke mana-mana sahaja
Kebaikan anak dijaga kedua-dua ibu bapa

