TERKINI
Perunding syarikat rugi RM25,000 disamun
KUANTAN — Seorang perunding sebuah syarikat swasta kerugian RM25,000 selepas rumahnya di Bukit Astana Golf disamun tiga lelaki bersenjatakan pisau, awal pagi tadi.
Dalam kejadian 6 pagi itu, lelaki berusia 48 tahun bersama isteri dan empat anaknya sedang tidur nyenyak sebelum dikejutkan suspek yang mengacukan pisau ke arah mangsa.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff berkata, mangsa dan anggota keluarganya dikumpulkan dalam satu bilik ketika suspek menggeledah rumah mangsa.
"Sejurus kemudian, ketiga-tiga suspek berkenaan melarikan diri melalui pintu belakang dengan menaiki sebuah kereta menghala ke Jalan Pintasan-Pelabuhan Kuantan.— BERNAMA
Varia!»

Seni Mod terserlah di Mods Cafe
VAN lama model Volkswagen menjadi tempat barista menyediakan kopi.



Marliana pilih gaya moden
Pesakit tidak menunggu lama di SDH Park City
Penyakit aras 2,400 meter

