TERKINI
Lebih 200 cabutan bertuah penutup Sukma
KUANTAN - Lebih 200 cabutan akan ditawarkan pada majlis penutup temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 Pahang di Stadium Darul Makmur malam esok yang dijadual disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Sukma Pahang, Ahmad Hairi Hussain berkata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta beberapa menteri dan timbalan menteri juga dijadual hadir pada majlis penutup itu.
Katanya majlis penutup temasya berkenaan dijadual dimulakan dengan acara kayuhan basikal oleh Perdana Menteri bersama-sama Timbalan Perdana Menteri disertai beberapa menteri, ketua-ketua kontinjen serta pemenang pingat emas acara basikal dengan mengelilingi stadium.
"Kemudian acara akan diteruskan dengan pelbagai persembahan menarik yang melibatkan 2,000 penari antaranya persembahan tarian moden, pertunjukan bunga api dan lain-lain,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini. — BERNAMA
Varia!»

Bantu golongan muda miliki rumah
HARGA pasaran rumah yang tinggi ketika ini menyukarkan golongan muda untuk memiliki rumah.





Kafe kedai hardware
Mudah dan senang di bawa ke mana-mana sahaja
Kebaikan anak dijaga kedua-dua ibu bapa

