NEGARA
Ringankan beban rakyat

HULU LANGAT - Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mahu gagasan 1Malaysia tinggal sebagai slogan atau retorik politik semata-mata, sebaliknya mahu ia diterjemahkan kepada sesuatu yang boleh dikecapi dan dinikmati oleh rakyat.
Perdana Menteri berkata, dalam merealisasikan usaha itu, lebih banyak perkhidmatan dan produk bersandarkan 1Malaysia perlu diperkenalkan bagi membantu meringankan beban kehidupan yang dihadapi rakyat pada masa kini.
"Apabila diperkenalkan perkhidmatan dan produk 1Malaysia, senarainya tiada 'noktah' cuma ada 'koma', tiada akhir. Namun, kita tidak sewenang-wenangnya membenarkan branding 1Malaysia ini digunakan.
"Ramai yang memohon, ada yang saya setuju, ada saya tidak setuju. Apa yang penting perkhidmatan dan produk 1Malaysia mampu membantu rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M) di Taman Lagenda Suria di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Varia!»

Bantu golongan muda miliki rumah
HARGA pasaran rumah yang tinggi ketika ini menyukarkan golongan muda untuk memiliki rumah.





Kafe kedai hardware
Mudah dan senang di bawa ke mana-mana sahaja
Kebaikan anak dijaga kedua-dua ibu bapa

