NEGARA
Samun 11 dulang emas RM1 juta

GOMBAK - Dalam tempoh tidak sampai lima minit, sekumpulan tiga penjenayah yang bersenjatakan pistol berjaya melarikan 11 dulang emas yang dianggarkan bernilai RM1 juta dalam kejadian samun di sebuah kedai emas di pasar raya besar Giant di Batu Caves di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 11.30 pagi itu, suspek mencederakan seorang pengawal keselamatan kedai emas tersebut dan merampas selaras senapang patah serta dua butir peluru hidup.
Ketika kejadian, pengawal keselamatan yang berusia lingkungan 50-an itu sedang mengawal di ruang pameran barang kemas yang terletak beberapa meter dari premis emas tersebut.
Selepas mencederakan pengawal keselamatan itu, ketiga-tiga suspek yang memakai cermin mata hitam dan topi kemudian mengheret lelaki itu masuk ke dalam kedai emas dan mengarahkan pekerja-pekerja premis itu memasukkan barang kemas ke dalam beg yang mereka bawa.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, selepas mendapat habuan, ketiga-tiga suspek terbabit melarikan diri melalui pintu tengah pasar raya tersebut.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Varia!»

Ahli sejarah, arkeologi bertemu di Sarawak
PELBAGAI khazanah dipamerkan membabitkan 21 muzium di seluruh negara bermula esok hingga 26 Mei ini.




Kafe kedai hardware
Teknologi Motion Capture di Aswara
Kebaikan anak dijaga kedua-dua ibu bapa

