DIVA INTERAKTIF
Mael Lambung dicetak rompak
![]() |
|
BEBERAPA hari ditayangkan, Mael sudah kena 'lambung'. |
PENYAKIT cetak rompak ini memang penyakit yang merosakkan. Malah semakin mahu diberhentikan makin berleluasa pula. Diva dengar perkataan cetak rompak ini memang dari Diva kecil sampailah sekarang sudah besar panjang tetapi tetap tidak ada penyelesaian.
Terbaharu, Diva dengar yang filem Mael Lambung yang mempertaruhkan kekuatan nama Zizan Raja Lawak dan Juliana Evanas itu menjadi mangsa terbaharu lanun cetak rompak. Filem arahan Ahmad Idham ini baru masuk panggung pada 21 Jun lalu.
Setahu Diva filem itu tidak ditayangkan di saluran Astro First. Menurut sumber Diva, DVD Mael Lambung mula dijual di pasaran pada 10 Julai lalu sedangkan filem masih dalam penayangan. Malah boleh juga ditonton di laman YouTube.
Kalau beginilah caranya, macam manalah filem kita nak mencapai kutipan berbelas juta.
Diva:Awas kau lanun!
Varia!»

Ahli sejarah, arkeologi bertemu di Sarawak
PELBAGAI khazanah dipamerkan membabitkan 21 muzium di seluruh negara bermula esok hingga 26 Mei ini.





Kafe kedai hardware
Teknologi Motion Capture di Aswara
Kebaikan anak dijaga kedua-dua ibu bapa

