TERKINI

Kerja awal Stesen MRT BB Sentral mula Isnin ini

Kerja awal Stesen MRT BB Sentral mula Isnin ini

14/07/2012 2:46am

KUALA LUMPUR Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT) Corp) mengumumkan kerja-kerja mendirikan dinding adang sementara bagi pembinaan stesen Aliran Transit Massa (MRT) BB Sentral di Jalan Bukit Bintang di sini akan bermula Isnin ini.

Kawasan yang akan diadang ialah kawasan laluan jalan kaki di hadapan Plaza Bukit Bintang (BB Plaza) dan Bangunan Yayasan Selangor, bagi memastikan keselamatan awam semasa merobohkan struktur yang sedia ada di tapak berkenaan.

Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam MRT Corp., Amir Mahmood Razak berkata, semua langkah sewajar telah diambil bagi mengurangkan kesulitan kepada pejalan kaki dan pengguna jalan raya.

"Laluan pejalan kaki yang dipasang dengan lampu akan disediakan di kawasan bersebelahan tapak kerja dan papan tanda dan tanda arah akan didirikan bagi memudahkan pejalan kaki, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Berikutan struktur yang sedia ada dirobohkan, tiga lorong jalan raya akan dibina di atas tapak untuk lencongan sementara Jalan Bukit Bintang yang dijadual Oktober ini.

Amir Mahmood berkata, akses ke BB Plaza dan Bangunan Yayasan Selangor tidak terjejas dengan kerja-kerja yang dijalankan manakala pengunjung pusat membeli belah dan orang awam boleh terus menggunakan pintu masuk depan kedua-dua bangunan itu. BERNAMA

Rencana Utama!»

Jana 5 kilowatt kuasa hidroelektrik

SISTEM vorteks bergantung sepenuhnya kepada pusaran air sungai berbanding konsep kitaran kincir air yang terdapat pada empangan jana tenaga lain.

GenK»

Lahirkan artis seni muda berciri usahawan

MUHAMMAD AFIQ menggunakan bilik inkubator yang disediakan kepadanya untuk berkarya.

Varia!»

TeknologiVeggie Factory pertanian masa depan

Teknologi Veggie Factory yang terdapat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Process time in ms: 47