TERKINI

Sasar 2,000 rumah dipasang panel solar

Sasar 2,000 rumah dipasang panel solar

13/07/2012 5:29pm

PUTRAJAYA Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) mensasarkan pada tahun ini sebanyak 2,000 pemilik rumah akan melabur untuk memasang panel solar dan menjual tenaga diperbaharui itu kepada Tenaga Nasional Berhad, kata Pengerusinya Tan Sri Dr. Fong Chan Onn.

Beliau berkata, menerusi pelaburan tersebut pemilik rumah mampu mendapat pulangan RM500 sebulan selama 21 tahun secara berterusan.

Untuk kemudahan pemilik rumah, beliau berkata SEDA sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa bank komersial bagi menawarkan kemudahan pinjaman untuk pemasangan panel solar yang kosnya agak tinggi.

"Halangan terbesar untuk penyertaan dalam projek penjanaan tenaga ini adalah kos modal yang agak besar di mana ia memerlukan RM10,000 untuk setiap kilowatt atau RM40,000 untuk empat kilowatt.

"Walaupun jumlah pelaburannya agak berat tetapi ia akan membawa purata pendapatan RM500 setiap bulan, pelabur akan mendapat pulangan modal selepas enam tahun, katanya pada sidang media, di sini hari ini. BERNAMA

Rencana Utama!»

Institusi keramat ubah masa depan bumiputera

MENARA SULTAN ABDUL AZIZ SHAH merupakan antara salah satu bangunan terawal dalam sejarah penubuhan UiTM.

Varia!»

Laman Florikultur tarikan MAHA 2016

Nancy (tengah) dan Ahmad Zakaria (tiga dari kanan) bergambar kenangan di Kampung Durian Runtuh, MAEPS, Selangor baru-baru ini.

[email protected]!

Process time in ms: 31