NEGARA
Pelancong ke Malaysia meningkat

PUTRAJAYA - Malaysia mencatat rekod peningkatan kedatangan pelancong sebanyak 1.2 peratus dengan jumlah sebanyak 9.438 juta orang bagi lima bulan pertama tahun ini berbanding 9.323 juta orang pada tahun lalu.
Menteri Pelancongan, Datuk Seri Ng Yen Yen berkata, negara-negara ASEAN seperti Indonesia, Filipina, Vietnam, Myanmar dan Laos masih menjadi penyumbang tertinggi kepada kedatangan pelancong ke negara ini iaitu 73.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kedatangan pelancong.
Selain itu, negara-negara lain ialah Arab Saudi, China, Jepun, Rusia, Kazakhstan, Denmark dan India.
"Jumlah pendapatan yang diperolehi daripada pelancongan meningkat sebanyak 1.9 peratus iaitu sebanyak RM21.8 bilion kepada pendapatan negara berbanding RM21.4 bilion pada 2011 bagi tempoh yang sama.
"Perbelanjaan pelancong per kapita bagi tempoh tersebut dianggarkan berjumlah RM2,309 dengan peningkatan 0.7 peratus berbanding RM2,294 pada 2011," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Varia!»

Bantu golongan muda miliki rumah
HARGA pasaran rumah yang tinggi ketika ini menyukarkan golongan muda untuk memiliki rumah.





Kafe kedai hardware
Mudah dan senang di bawa ke mana-mana sahaja
Kebaikan anak dijaga kedua-dua ibu bapa

