DIVA INTERAKTIF

Naik angin dipanggil kakak

Naik angin dipanggil kakak

NAK kata tak tengok televisyen, Diva tengok juga, cuma tak boleh nak jadi pengikut tegar mana-mana program. Salah satu benda yang Diva perasan, dalam drama sekarang ramai pelakon, terutamanya pelakon wanita sudah turun darjat. Kalau dua tiga tahun dahulu masih pegang watak heroin tetapi sekarang kena pegang watak mak cik tua. Tak kisahlah.

Cakap pasal taraf, Diva ini belum ada kedut seribu, tapi tak marah kalau digelar 'kakak' oleh junior-junior yang baru nak mengenal bidang penulisan. Sebab itulah Diva agak pelik, bila seorang penyanyi perempuan boleh 'buat muka' dan terus sembur seorang kakitangan perempuan yang memanggilnya dengan sapaan 'kakak.'

Kata pengadu berkenaan yang bekerja di sebuah stesen radio, dia ternampak kelibat artis berkenaan datang ke studio tempatnya bekerja atas urusan promosi. Disebabkan slot yang dijanjikan belum tiba, maka penyanyi tersebut terpaksa menunggu di luar konti.

"Va, aku cuba nak buat baik dan meminta supaya dia duduk, sementara dipanggil penyampai bertugas. Elok-elok aku bahasakan dia kakak, kat situ juga aku yang kena sembur. Katanya, dengan nada mendengus, 'sejak bila saya jadi kakak awak.' Aku malas nak layan, terus berlalu," kata pengadu berkenaan dengan muka tak puas hati.

Bagi Diva, bagus juga dibahasakan kakak sebab kalau lihat jurang usia antara pengadu dengan penyanyi yang berangan suaranya hebat itu, layak dibahasakan mak cik sahaja. Album baru seketul itupun tak ke mana, mahu tunjuk lagak pula.

Diva: Meriah sungguh sambutan majlis ulang tahun kelahiran biduanita Datuk Sharifah Aini di Kelab Taman Perdana Diraja Kuala Lumpur, malam tadi!

Process time in ms: 15