TERKINI
10 lelaki ditahan bersama heroin RM60,000
KEPALA BATAS - Polis menahan 10 lelaki dan merampas 590.5 gram dadah jenis heroin bernilai hampir RM60,000 dalam serbuan di sebuah hotel di Jalan Raja Uda, Butterworth dekat sini Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), ACP Zulkifli Alias berkata, kesemua lelaki berusia antara 24 dan 42 tahun itu ditahan dalam serbuan di dua bilik hotel berkenaan pada pukul 10 malam.
"Ketika diserbu, mereka berada dalam dua bilik dan sedang membungkus dadah jenis heroin,” katanya kepada Bernama selepas perasmian pertandingan bola sepak Piala Ketua Polis Pulau Pinang oleh pemangku Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar di Stadium Mini Bertam, di sini semalam.
Zulkifli berkata, siasatan awal mendapati sindiket pengedaran dadah itu menjadikan dua bilik di hotel berkenaan sebagai tempat pembungkusan heroin sebelum mengedarnya di sekitar negeri ini. - BERNAMA
Varia!»

Fast & Furious 6 kembali ke jalanan
KERETA-KERETA mewah seperti Nissan GT-R dan Subaru BRZ turut dipertaruhkan dalam Fast & Furious 6.




Kafe kedai hardware
Kebaikan anak dijaga kedua-dua ibu bapa

