NEGARA

4 ATM ditebuk, RM1.17 juta lesap

4 ATM ditebuk, RM1.17 juta lesap


ANGGOTA polis memeriksa dan mengambil barang bukti daripada empat buah mesin ATM yang dirompak di sebuah pasar raya besar Carrefour di Wangsa Maju semalam.


KUALA LUMPUR Sekumpulan penjenayah berjaya membawa lari wang tunai berjumlah RM1.17 juta selepas menyamun mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah pasar raya besar Carrefour di Wangsa Maju di sini semalam.

Dalam kejadian dipercayai berlaku pada pukul 3.06 pagi itu, kumpulan suspek dipercayai lebih daripada dua orang berjaya memecah empat daripada enam buah mesin ATM di tingkat satu premis tersebut.

Kejadian tersebut disedari oleh seorang pengawal keselamatan pasar raya tersebut pada pukul 7 pagi selepas ternampak kesan pecah pada empat buah mesin ATM terbabit.

Siasatan awal mendapati kumpulan suspek itu memasuki premis berkenaan dengan menebuk pintu kayu yang terletak di belakang pasar raya sebelum suspek naik ke tingkat satu tempat mesin ATM diletakkan.

Kumpulan suspek dikatakan menggunakan alat pemotong besi menggunakan gas Oxy-Acetylene untuk menebuk pintu mesin ATM dan mengambil wang tunai dalam keempat-empat buah mesin ATM tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Infiniti!»

Beli tiket dengan mudah dan cepat

KAKITANGAN CatchThatBus, Nadiah Syazana Abdullah menunjukkan cara pembelian tiket menggunakan aplikasi di telefon pintar.

Varia!»

Rawatan bekam ketika berpuasa

BERBEKAM ketika berpuasa paling sesuai dilakukan antara pukul 7 pagi hingga 11 pagi.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31