TERKINI
Ditipu RM20,000 kerana mahu bebaskan abang
IPOH - Seorang wanita mendakwa membayar wang ikat jamin RM20,000 kepada seorang pegawai polis bagi membebaskan abangnya yang ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh kerana disyaki terbabit dalam kes dadah.
T.Rajani, 26, yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran di sini mendakwa, beliau diarah oleh seorang lelaki yang mengaku sebagai 'Inspektor Faiz' supaya memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun yang dikatakan milik seorang anggota polis dikenali sebagai 'Subramaniam'.
"Bagaimanapun selepas memasukkan wang ke akaun berkenaan, abang saya tidak dibebaskan sebaliknya dihantar ke Penjara Taiping dan ‘Inspektor’ berkenaan gagal dihubungi selepas itu," katanya.
Menceritakan kejadian itu, Rajani mendakwa pada 18 Jun beliau dihubungi seorang lelaki yang hanya di kenali sebagai 'Inspektor Faiz' yang memintanya hadir ke balai polis Ipoh dan membawa wang tunai untuk bayaran wang jamin, 10 paket milo dan pakaian bagi membebaskan abangnya yang berusia 29 tahun. - BERNAMA
Varia!»

Fast & Furious 6 kembali ke jalanan
KERETA-KERETA mewah seperti Nissan GT-R dan Subaru BRZ turut dipertaruhkan dalam Fast & Furious 6.




Kafe kedai hardware
Kebaikan anak dijaga kedua-dua ibu bapa

