NEGARA

TV LCD menanti pemenang

TV LCD menanti pemenang


CONTOH TV LCD yang bakal dibawa pulang peneka jumlah minyak jagung dengan tepat pada Cabaran Daisy Sehebat Chef 2012 di pusat beli-belah AEON AU2 Setiawangsa, Kuala Lumpur esok. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Pengunjung peringkat akhir Cabaran Daisy Sehebat Chef 2012 di pusat beli-belah AEON AU2 Setiawangsa di sini esok berpeluang memenangi seunit TV LCD 43 inci bagi acara teka jumlah minyak jagung Daisy 500 gram yang akan diletakkan ke dalam satu balang besar.

Eksekutif Iklan Kosmo!, Nizam Baharudin berkata, apa yang perlu mereka lakukan hanyalah menyertai acara itu dengan membeli minyak jagung Daisy satu kilogram berharga RM9.50 di gerai Kosmo!.

Katanya, para pengunjung akan menerima buku resipi serta beg cenderamata selepas membeli minyak masak tersebut.

"Selain tarikan TV LCD, pengunjung juga berpeluang memperoleh hadiah-hadiah lain seperti ketuhar gelombang mikro, periuk nasi serta vakum bagi acara teka minyak jagung tersebut.

"Sebanyak 50 baucar berbuka puasa tajaan Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) yang bernilai RM75 setiap satu turut menanti pengunjung yang hadir ke pertandingan tersebut," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Dalam pada itu, Nizam memberitahu, acara lain yang disediakan untuk orang ramai termasuklah pertandingan menghias meja anjuran Corelle dan menghias kek cawan.

"Acara ini terbuka kepada semua pengunjung dan mereka bakal membawa pulang hadiah-hadiah menarik yang kami disediakan," katanya.

Juara peringkat akhir Cabaran Daisy Sehebat Chef 2012 akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM5,000 serta barangan Corningware dan Corelle bernilai RM5,000.

Naib juara pula bakal meraih wang tunai RM3,000 serta barangan Corningware dan Corelle bernilai RM3,000.

Pemenang tempat ketiga bakal menerima hadiah wang tunai serta barangan Corningware dan Corelle masing-masing bernilai RM2,000.

Ketua juri Cabaran Daisy Sehebat Chef 2012 ialah Chef Liza Zainol

Process time in ms: 15