NEGARA
Najib pilih pakaian rasmi Hari Kemerdekaan

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam memilih pakaian rasmi untuk dipakai oleh orang kenamaan sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 pada 31 Ogos depan.
Najib turut memilih pakaian rasmi untuk sambutan Hari Kibarkan Jalur Gemilang pada 17 Julai dan Hari Malaysia pada 16 September ini.
Bagi setiap sambutan, tiga pasang pakaian lelaki dan wanita yang direka oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia diperagakan kepada Perdana Menteri untuk dibuat pilihan.
Turut menyaksikan rekaan yang diperagakan di aras lima bangunan Pejabat Perdana Menteri ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Dr. Ali Hamsa.
Sebaik selesai membuat pilihan serta memberikan komen mengenai pakaian-pakaian itu, Najib kemudiannya mempengerusikan mesyuarat Kabinet.
Varia!»

Jam tawaf makin popular
SEBANYAK 10 variasi bentuk muka jam disediakan untuk pilihan para pelanggan.



Kafe kedai hardware
Mudah dan senang di bawa ke mana-mana sahaja
Kebaikan anak dijaga kedua-dua ibu bapa

