KOMUNITI KITA

10 gadis rebut gelaran Duta JKhan

10 gadis rebut gelaran Duta JKhan


RAHMAHJAN (empat dari kanan) bergambar bersama sebahagian gadis yang terpilih dalam pencarian Model Wajah JKhan
di Kota Kinabalu baru-baru ini.


BERSAING. Seramai 10 gadis akan bersaing bagi merebut gelaran Duta Khan di Kota Kinabalu baru-baru ini dalam siri Pencarian Model Wajah JKhan yang bermula sejak Januari lalu.

Pengasas JKhan, Datin Rahmahjan Sulaiman Khan berkata, semua jelitawan itu dipilih daripada lebih 100 penyertaan yang diterima pihaknya.

Katanya, tujuan pencarian ini bukan sahaja untuk mempromosi produk beg tangan dan pakaian jenama JKhan tetapi juga untuk membawa jenama itu ke peringkat antarabangsa.

"Apa yang JKhan cari ialah wajah-wajah wanita muda tempatan untuk memperagakan produk syarikat dalam iklan-iklan media cetak dan katalog barangan," katanya.

Process time in ms: 16