TERKINI

Ops imigresen: 19 lelaki Nigeria antara 35 ditahan

Ops imigresen: 19 lelaki Nigeria antara 35 ditahan

23/06/2012 1:12pm

KUALA LUMPUR – Sembilan belas lelaki Nigeria adalah antara 35 warga asing yang ditahan dalam dua operasi di Desa Aman Puri dan Metro Prima, Kepong, di sini awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Ketua Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Kuala Lumpur, James Musa Singa berkata, operasi “Awang Hitam” itu susulan aduan orang ramai mengenai kebanjiran lelaki Afrika yang sering mencetuskan kekacauan di kawasan tersebut.

Mereka yang berusia antara 20 hingga 40 tahun itu ditahan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah, selain turut didapati menggunakan permit perniagaan rakyat tempatan untuk membuka perniagaan restoran mereka di situ, katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata, turut ditahan masing-masing lima lelaki dari Bangladesh dan Myanmar, serta enam wanita iaitu empat dari Thailand serta masing-masing seorang dari Uganda dan Indonesia.

Mereka ditahan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah, katanya. – BERNAMA

Rencana Utama!»

Kongsi karavan bersama peserta tidak dikenali

Karavan boleh diibaratkan seperti rumah bergerak kerana di dalamnya dilengkapi dapur, tempat tidur, alat pemanas dan ruang memandu.

Horizon!»

Tenangkan fikiran di Tasik Pedu

RUMAH Bot Seri Mahawangsa boleh memuatkan seramai 15 orang pada satu-satu masa.

Varia!»

Sekolah venue alternatif majlis perkahwinan

PASANGAN pengantin yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan di sekitar Ampang kini boleh menggunakan pakej yang ditawarkan SMK Dato’ Ahmad Razali.

Process time in ms: 31