TERKINI
Peluang dapat kelayakan profesional perhubungan awam
KUALA LUMPUR — Institut Perhubungan Raya Malaysia (IPRM) membuka peluang kepada pengamal perhubungan awam mendapatkan kelayakan profesional yang diiktiraf institut itu dan Universiti Terbuka Malaysia (OUM).
Presiden, IPRM Datuk Ibrahim Abdul Rahman berkata, peluang itu mampu dijelmakan menerusi perjanjian persefahaman (MoU) antara IPRM dan Institut Pembangunan Profesional, OUM (IPD-OUM) yang ditandatangani di OUM di sini semalam.
"Inisiatif itu dilihat sebagai antara usaha IPRM yang selari dengan usaha mewujudkan Akta Profesion Perhubungan Raya yang bakal dibentang di Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ibrahim menandatangani perjanjian itu bagi pihak IPRM manakala OUM diwakili Naib Canselornya, Prof Emeritus Tan Sri Anuwar Ali. — BERNAMA
Varia!»

Ahli sejarah, arkeologi bertemu di Sarawak
PELBAGAI khazanah dipamerkan membabitkan 21 muzium di seluruh negara bermula esok hingga 26 Mei ini.




Kafe kedai hardware
Teknologi Motion Capture di Aswara
Kebaikan anak dijaga kedua-dua ibu bapa

