TERKINI
80% jenayah di Gombak dilakukan penagih
KUALA LUMPUR — Sebanyak 80 peratus daripada 5,649 kes jenayah yang dilaporkan di daerah Gombak tahun lepas dilakukan penjenayah yang berada di bawah pengaruh dadah, kata Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abd Rahim Abdullah.
Beliau berkata, kajian terbaru oleh Ibu Pejabat Kontinjen Polis Selangor juga mendapati kebanyakan jenayah di daerah itu mempunyai kaitan dengan sindiket pengedaran dadah.
"Kebelakangan ini terdapat trend pembabitan golongan remaja termasuk pelajar sekolah dalam kegiatan penyalahgunaan dan pengedaran dadah,” katanya kepada pemberita selepas majlis pra pelancaran “Kempen Anti Dadah Ke Arah Negara Sifar Dadah 2015” di Kelab Golf Peransang Templer, dekat sini, semalam.
Abd. Rahim berkata, meskipun kecenderungan itu dilihat masih pada tahap rendah tetapi tindakan mereka dianggap membimbangkan kerana mereka mungkin bergerak lebih aktif selepas menamatkan persekolahan.
Katanya golongan pelajar juga terlalu mudah terdedah dengan pengaruh luar termasuk dijadikan mangsa untuk mengedar dadah atau menyalahgunakan dadah. — BERNAMA
Varia!»

Bantu golongan muda miliki rumah
HARGA pasaran rumah yang tinggi ketika ini menyukarkan golongan muda untuk memiliki rumah.




Kafe kedai hardware
Mudah dan senang di bawa ke mana-mana sahaja
Kebaikan anak dijaga kedua-dua ibu bapa

