NEGARA
PLUS bantu Mohd. Haffiz
KUALA LUMPUR - Pengurusan konsesi lebuh raya, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memberi jaminan akan menjaga kebajikan jurutol, Mohd. Haffiz Zamri, 26, yang kehilangan kaki kanan akibat ditembak sekumpulan penjenayah Khamis lalu.
Pengurus Besar Komunikasi Korporat PLUS, Khalilah Mohd. Talha berkata, untuk tujuan itu pihak PLUS akan membeli kaki palsu buat Mohd. Haffiz selain menanggung kos rawatan jurutol terbabit.
"Kaki palsu akan dibeli berdasarkan nasihat doktor dan PLUS turut memberi jaminan kerja kepadanya seperti mungkin menempatkan dia bekerja di dalam pejabat selepas ini," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Dalam kejadian pada malam 14 Jun lalu, Mohd. Haffiz parah ditembak di kaki kanan oleh sekumpulan penjenayah yang melarikan wang RM2,000 kutipan hasil tol semasa dia bersama rakannya, Nurijah Rosli, 24, dalam perjalanan menghantar wang kutipan tol ke pejabat PLUS di Plaza Tol Seremban.
Akibat kejadian tersebut, Mohd. Haffiz mengalami kecacatan kekal apabila kaki kanannya terpaksa dipotong pada Jumaat lalu untuk menyelamatkan nyawanya kerana kecederaan dialami boleh mengakibatkan jangkitan pada buah pinggang.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Rencana Utama!»

Potong sayurpakai kapak
BERFUNGSI sebagai pisau, kapak Pak Harun juga sesuai digunakan oleh wanita untuk memasak di dapur.
Varia!»

Filem animasi mencuit hati
MONSTERS UNIVERSITY merupakan prekuel filem MonsterInc.



Marliana pilih gaya moden
Penyakit aras 2,400 meter

