NEGARA
Peserta Cabaran Daisy diingat patuhi syarat
PESERTA perlu membawa dua set kek atau biskut sebagai syarat menyertai pertandingan Cabaran Daisy Sehebat Chef 2012. - Gambar hiasan |
KUALA LUMPUR - Peserta Cabaran Daisy Sehebat Chef 2012 peringkat Zon Utara diingatkan supaya membawa dua set kek atau biskut bagi mematuhi syarat pertandingan yang akan diadakan di pusat beli-belah Alor Star Mall, Alor Setar, Sabtu ini.
Satu set kek atau biskut itu akan diletakkan di meja juri untuk diadili, manakala satu lagi di meja peserta.
Pengurus Iklan Kosmo!, Stella Abdullah berkata, selain itu, peserta diwajibkan mempamerkan di meja juri dan meja mereka resipi masing-masing yang telah ditanda.
"Dua set kek atau biskut dan dua set resipi mesti dibawa bersama berserta bahan-bahan untuk hiasan bertemakan seni muzik untuk pertandingan berkenaan," jelasnya.
Beliau memberitahu, menariknya pertandingan kali ini berbanding tahun lepas ialah peserta yang berjaya disenarai pendek diwajibkan menyertai Daisy Challenge.
"Peserta kategori kek dikehendaki membawa dua set kek gulung Daisy, manakala peserta kategori biskut perlu membawa 100 biji biskut kacang Daisy yang dibuat di rumah sebagai tambahan untuk pertandingan berkenaan," jelasnya.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Varia!»

Seni Mod terserlah di Mods Cafe
VAN lama model Volkswagen menjadi tempat barista menyediakan kopi.



Marliana pilih gaya moden
Pesakit tidak menunggu lama di SDH Park City
Penyakit aras 2,400 meter

