KOMUNITI KITA

Konvoi Jom Pi Perlis promosi tempat pelancongan

Konvoi Jom Pi Perlis promosi tempat pelancongan


TUANKU SYED FAIZUDDIN (depan, empat dari kiri) melepaskan Konvoi Jom Pi Perlis di Kangar baru-baru ini.


GEGAR. Seramai 20 kakitangan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) yang menunggang motosikal berkuasa tinggi menyertai Konvoi Jom Pi Perlis baru-baru ini.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenaan hadir pada majlis pelepasan konvoi tersebut yang diadakan di Dataran Keris, Kangar.

Konvoi tersebut menjelajah seluruh negeri Perlis serta negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.

Melalui program itu, mereka mempromosi destinasi pelancongan di Perlis di setiap lokasi persinggahan konvoi tersebut.

Antara lokasi menarik di Perlis ialah Padang Besar, Wang Kelian, Taman Ular dan Reptilia, taman anggur, rimba herba, Hutan Lipur Bukit Air serta ladang Harumanis.

Process time in ms: 15