DIVA INTERAKTIF
Ahmad Idham dalam gerimis?
![]() |
|
Ahmad Idham |
INI bab kutipan filem kat panggung. Sebelum itu, Diva bangga apabila filem Bohsia 2: Jalan Kembali berjaya gegar panggung dengan jumlah kutipan yang boleh dikira lumayan. Maklumlah, tengok kutipan filem-filem lain, banyak yang menyayatkan hati.
Nak kata salah strategi atau salah percaturan dua filem satu minggu pun, Diva bukan pembuat keputusan, bukan juga tauke panggung. Macam serius pula. Nasib, penonton berhak buat pilihan filem mana yang mereka nak tengok.
Tapi kalau nak cakap pasal tayangan filem, setakat ini, filem Gerimis Mengundang arahan Ahmad Idham menduduki kedudukan paling corot. Pendek kata, tak laku. Kenapa boleh jadi begitu?
Stahu Diva Ahmad Idham adalah antara pengarah hebat, kata oranglah. Filem dia semua best, semua pecah panggung. Apatah lagi Gerimis Mengundang, siap pakai lagu popular Slam, Gerimis Mengundang lagi jadi teras cerita, siap ada teater lagi sebelum filem keluar.
Diva terbaca juga komen-komen dalam Facebook pasal kutipan filem berkenaan yang dikatakan tercorot. Rupa-rupanya, ada pihak pengarah serta orang lain dalam industri perfileman tempatan yang memang menyampah dan benci betul dengan Ahmad Idham.
Masing-masing memulangkan paku buah keras kat Ahmad Idham yang didakwa sangat berlagak sebelum ini. Diva tak kata, tapi orang kata tau.
Alah, biasalah. Ada orang suka, ada orang tak suka. Tapi Ahmad Idham ada Mael Lambong, dengarnya best jugak filem itu sebab ada Zizan Raja Lawak. Eh, macam tu pula.
Diva:Terfikir, kenapa dikir barat boleh meletup-letup bila masuk Astro tapi diam berkarat masa kat RTM?
Rencana Utama!»

Potong sayurpakai kapak
BERFUNGSI sebagai pisau, kapak Pak Harun juga sesuai digunakan oleh wanita untuk memasak di dapur.
Varia!»

Filem animasi mencuit hati
MONSTERS UNIVERSITY merupakan prekuel filem MonsterInc.




Marliana pilih gaya moden
Penyakit aras 2,400 meter

